Pages

Masjid Alai

Masjid Alai
Masjid AL-FALIN, ALAI,
Jalan Alai / Kandang, Kampung Alai, 
75460 Melaka, Malaysia

PENGERUSI:
DATOK HJ ABDUL WAHAB B ABDUL JALIL

TIM PENGERUSI:
HJ MD. YUNUS BIN HJ KURNAIN


Masjid Alai merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka TengahMelaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004.

SEJARAH 

Masjid ini dibina dalam tahun 1890 dengan derma orang ramai dan bergotong-royong. Dalam tahun 1925, masjid ini dibaharui dengan derma orang ramai juga.
Mengikut cerita orang tua tua, bahawa masjid yang mula-mula didirikan di kampung Alai ini ialah salah sebuah masjid kecil yang dibuat daripada kayu, bertempat kira-kira Empat Rantai dari tapak bangunan masjid yang ada sekarang isatitu arah ke darat atau ke udara. Pada masa itu,terdapat juga sebuah kolam yang agak besar tempat orang orang mengambil air sembahya.ng, namun begitu tarikh binaan masjid tersebut tiada diketahui.

Apabila penduduk-penduduk kampung ini bertambah ramai dan berkerja membuat sawah atau berbendang disebelah baroh, tambahan pula, ada jalan raya yang baru dibina, maka bermuafakatlah anak-anak kampung  ketika itu untuk mengubah atau memindahkan masjid yang didarat atau jauh kedalam itu,  ke satu kawasan tanah yang diwakafkan oleh allahyarham Tuan Haji Yahya bin Sipang untuk iddirikan sebuah masjid yang agak besar tersergam yang diperbuat daripada batu dan kayu iaitu ditapak masjid yang ada sekarang

keluasan masjid yang dibina ketika itu ialah berukuran 30x40 kaki persegi. Kayu Kayu yang digunakan bagi binaan tersebut kebanyakannya ditarik dengan kerbau atau kereta lembu dari hutan hutan yang besar yang berhampiran dengan Sungai Punggur dan pasir pasirnya dari permatang pasir berhampiran dengan sungai punggur. Batu-batu karang yang diambil diukir dengan berbagai bagai gubahan untuk menghiaskan kemuncak dan penjuru atap bumbung masjid. ianya masih boleh dilihat sehingga sekarang. Ada pendapat mengatakan batu-batu karang ini diambil dari pulau besar. Anak-anak kampung pada masa itu telah mengangkat bahan-bahan seperti pasir,batu dan batu batu karang dengan menggunakan perahu, kereta lembu dan tenaga sendiri.

Mengikut ceritanya apabila malam hari dan bulan terang ramailah orang-orang kampung keluar mengangkat barang-barang tersebut. Tarikh binaan masjid itu ialah pada tahun 1890

INFO LANJUTAN

 LOKASI MENARIK DISEKITAR MASJID:

PAUTAN

GAMBAR




Masjid Alai

    QR CODE: 
                                                                        
Location/Direktori

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment