Pages

LOKASI MENARIK - MASJID KAMPUNG DUYONG

DUYONG, MELAKA

LOKASI
Mukim Duyong merupakan salah sebuah mukim yang terletak dalam pentakbiran daerah Melaka Tengah (Mukim Duyong, 2012). Ianya terletak 5.8 km ke arah Timur Bandar Hilir menggunakan Lebuhraya AMJ (Route 19).

TOPONOMIDipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah (Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit  Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit. Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu (sekarang dipanggil Padang Temu). Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”. Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah (Radzi Sapiee, 2012; Kampung Duyong, 2007).


TARIKAN
  1. Perigi Hang Tuah
  2. Sungai Duyong River Cruise
  3. Medan Ikan Bakar, Muara Sungai Duyong
  4. Perkampungan Warisan Hang Tuah
PERIGI HANG TUAH
PERKAMPUNGAN HANG TUAH

MUARA IKAN BAKAR SUNGAI DUYONG

No comments:

Post a Comment